JOIN ME

Wednesday, September 11, 2013

Roti Jala

assalamualaikum dan salam sejahtera..harini nak kongsi resipi roti jala pulak yang sebenarnya sya cuba hari raya ke-9 klu xsilap..masa tu sya hidang bersama kari udang sbb dh muat asyik2 ayam+daging jer sejak awal sambutan raya..mmg byk versi resipi d internet ni..dari kita shja nak cuba yg mn satu,tepuk dada tnya selera,kensss..ok jom salin resipi




ROTI JALA(Anggaran 10-15 orang)
Bahan-bahan :
450gm tepung gandum
1 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk kunyit
450ml susu segar iema guna susu cair
3 biji telur(pukul sdikit)
450ml air(klu adunan pekat tmbah sdikit air,adunan sprti batter utk pisang goreng xpekat dan xcair)
2 camca mentega cair iema guna minyak masak je
minyak untuk melenser
acuan roti jala
4 helai daun pandan utk dijadikan berus*

Caranya:-
Ayak tepung,garam dan serbuk kunyit kedalam mangkuk besar.Buatkan lubang di tengahnya.Tuang susu,telur,separuh dari air san setengah mentega cair kedalamnya..Gunakan pemutar belon/ballon whisk untuk membancuh iema guna handwhisk shja..Masukkan baki air dan mentega cair hingga adunan tdk bgentel.Tapis adunan dgn penapis halus..Ketepikan adunan slama 20-30minit..

Panaskan kuali atas api sederhana,,kuali non stick plg sesuai,klu xda kuali biasa pun bley xda mslah..Lenserkan sdikit minyak dgn berus pandan/berus baking tu pun bley xda mslah..

Kacau adunan dan isi acuan roti jala sebanyak 80ml iema xsukat main hentam jerk hahaha..

Bermula dari bulatan luar pusing acuan kira2 6-8cm d atas kuali.Teruskan memusing dlm bulatan utk mbentuk juraian roti jala..Jangan buat pd bhgn yg sama 2x krn roti jala akan mjadi tebal.Biarkan masak tp jgn smpi keperangan dan xperlu d terbalikn..

Angkat dan trus lipat dlm btk baji atau gulungan..Ulangi proses yg sama hingga adunan habis..

*Tips berus pandan : 4helai daun pandan,belah stp helai kpd 2 scara memanjang..Kemudian hiris spanjang 20cm..Akhirnya ikat 1 hujung dgn getah..



Sunday, September 8, 2013

Kek Coklat Lembab(kukus)

Assalamualaikum & salam sejahtera..apa kabar pengunjung2 sekalian alam?(eh adaka pengunjung d blog aku nie?buat2 ad0 la,hehehe..)...mudah-mudahan anda semua sihat d samping keluarga tercinta..baiklah kali ni sya nak kongsi resipi yg mungkin dah "lapok" d kebanyakan blog2 n fb2..tapi baru kalini tergerak hati untuk mcari d google n mcuba sndri..kebiasaanY saya beli kat kdai jer..nanti buat takut rakyat jelata d rumah ni xlayan plak,tu yg sya beli jer..smpi suami teguq awat xbuat sndri?bdk2confirm layan punya,kn itu kek cekelat?!dok cari d google terpikat dgn resipi dr blog kak ina..maceh kak ina atas perkongsianY..sya perpjang d blog sya pulak..

KEK COKLAT LEMBAB(KUKUS)
Sumber : blog kak ina

Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang ~ manis yg ngam2, tak perlu kurangkan gula

Bahan B
2 biji telur ~ k.nor guna gred A
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata (ayak dulu kesemua bahan kecuali gula perang).
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

* Bila guna bekas plastik kecik spt yg K.Nor guna ni, kukus kek selama 30 - 35min atau sehingga masak dgn api sederhana supaya tidak naik membumbung atau supaya kek tu tak merekah.
** tutup bekas plastik dgn penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.
*** bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dgn membuat ganache.

CHOCOLATE GANACHE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
~ ~ ~
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..

* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^

P/S : resipi ni mmg btul2 copy n paste dr blog kak ina so klu ada yg xfaham,salah taip ke,hapa ke..tanya sahaja d fb sya..insyaalalah sya bantu..cewahhhh pakar la konon...hihihi..xda la mn yg sya blh bantu sya bantu mn yg xbley sya tlg rujuk dgn sifu2 mskan yg lbih otai dr sya xgitu..ngehhhhhhhhhh...