JOIN ME
Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Sunday, September 8, 2013

Kek Coklat Lembab(kukus)

Assalamualaikum & salam sejahtera..apa kabar pengunjung2 sekalian alam?(eh adaka pengunjung d blog aku nie?buat2 ad0 la,hehehe..)...mudah-mudahan anda semua sihat d samping keluarga tercinta..baiklah kali ni sya nak kongsi resipi yg mungkin dah "lapok" d kebanyakan blog2 n fb2..tapi baru kalini tergerak hati untuk mcari d google n mcuba sndri..kebiasaanY saya beli kat kdai jer..nanti buat takut rakyat jelata d rumah ni xlayan plak,tu yg sya beli jer..smpi suami teguq awat xbuat sndri?bdk2confirm layan punya,kn itu kek cekelat?!dok cari d google terpikat dgn resipi dr blog kak ina..maceh kak ina atas perkongsianY..sya perpjang d blog sya pulak..

KEK COKLAT LEMBAB(KUKUS)
Sumber : blog kak ina

Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang ~ manis yg ngam2, tak perlu kurangkan gula

Bahan B
2 biji telur ~ k.nor guna gred A
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata (ayak dulu kesemua bahan kecuali gula perang).
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

* Bila guna bekas plastik kecik spt yg K.Nor guna ni, kukus kek selama 30 - 35min atau sehingga masak dgn api sederhana supaya tidak naik membumbung atau supaya kek tu tak merekah.
** tutup bekas plastik dgn penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.
*** bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dgn membuat ganache.

CHOCOLATE GANACHE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
~ ~ ~
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..

* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^

P/S : resipi ni mmg btul2 copy n paste dr blog kak ina so klu ada yg xfaham,salah taip ke,hapa ke..tanya sahaja d fb sya..insyaalalah sya bantu..cewahhhh pakar la konon...hihihi..xda la mn yg sya blh bantu sya bantu mn yg xbley sya tlg rujuk dgn sifu2 mskan yg lbih otai dr sya xgitu..ngehhhhhhhhhh...




Monday, April 9, 2012

Larva Cake @ Molten Cake @ Fondant Cake

assalamualaikum dan salam ramadan semua...wah2 punya lama aku x update blog...isk3...dah jadi mcm rumah tak berpenghuni dah aq tenguk blog aku ni...adeiiiiii...ayik update kat fb hingga lupa wujudY blog ni...ya ampunnnnnnn...

btw..bt molten cake/cupcake ni sudah lamaaaaaaa yah puan-puan skalian alam,huhu..tapi aq tetap share resipi hokey..cepat ke lmbat ke janji ada..(ayat2 menyedapkan jiwa & raga uols,hihi..)


Copy : Noorsha


RESIPI CHOCOLATE FONDANT
Resipi Asal : Cacaoweb
Sumber : Hanamemories


Bahan-bahan
140 gm dark choc@coklat masakan
90 gm butter
130 gm gula- noorsha letak 80 gm saja tu pun manis :(
70 gm tepung gandum
4 biji telur
1 st esen vanila

Cara-cara
> Panaskan oven.
> Grease acuan muffin/ apa2 bekas kecil la (yg mudah utk mengeluarkannyer nnti) ngan butter. pastu taburkan tepung. hentak2kan. lebihan tepung kluarkan. - cara ni utk mengelakkan melekat.
> Double boiler kan dark choc sampai cair. pastu masukkan butter dan kacau rata. tutup api.
> Bekas lain pukul telur dan juga gula.
> masukkan choc cair tadi dan gune tepung. gaul sebati.
> masukkan dalam acuan. Bakar 180 selama 10-12minit.jgn lama sgt nnti jd cam cupcake. sbb fondant nih lembut di luar, cair di dalam.
> berhati2 masa nk kluarkan dr acuan/bekas... takut terburai coklat tuh! hihihi
> sedap makan ngan aiskrim vanila @whipped cream. yummy!!!
> mkn panas2 supaya coklat cair tuh dpt dnikmati dengan lazatnyer!




Monday, March 12, 2012

Kek Lobak Merah..delay..


Assalam semua rakan2 blogger,,den bertapa lagi dari blog ni hah,,aish.. semenjak ada fb nie la cang gini..adeiiiiiii..

takpa2,,mari kita mnambah lemak2 d badan dengan mencuba resipi kek lobak merah ni...alkisahY dolu2(mcm la i nie otai zmn dolu2 laks,heee..) kalo nmpak drama omputih atau resipi dalam majalah kek lobak merah nie,,rasa nak bluek2(uols paham kansss)saja.. tapi semenjak jadi pembuat kek kepada penempah2 sekalian alam(alam la sangat uols,heee),i pon tergerak hati nak cuba lagi2 topping yg menggoda itew guna cheeese kak kiah ooii...

Tup,tup siap kek haku nie...wah gebu uols...d duetkan dengan topping cheese,,fuhhh terangkat wooo...tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,,,i makan kek ni rasa nak pengsan sebabbbbbbbb i tak boley makan buah/sayur jenis berangin confirm badan berangin hokeyyyyyyy...

melalut la pulak kans,,cni kita salin resipi...enjoy(wah tiba2..)

KEK LOBAK MERAH
Di copy dari : SINI
dan di copy & paste dgn jaya'y dari : blog i uols

Bahan-bahan;
  • 1 cwn (100 gms) pecan/walnut - dibakar & dicincang kasar
  • 2 1/2 cwn (340 gms) carrot mentah - diparut halus (+- 1 bji lobak merah saiz sederhana)
  • 2 cwn (280 gms) tepung serbaguna
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (iema x letak pung)
  • 4 biji telur saiz besar
  • 1 1/2 cwn (300 gms) gula halus ( yat guna 1 cawan jek) - sama dgn yatt guna 1 cwn je
  • 1 cwn (240 ml) minyak sayur (yatt guna minyak jagung)
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji parutan kulit oren sunkist(yatt tambah yang ni) - saya tak letak ni (iema x letak)

note: kalau nk kek lebih lembab, buleh bubuh 1/2 cwn nanas dihancurkan (sejat dulu air dia yer) or applesouce ke dlm adunan, tp kene tambah masa time bakar nnti. (yang ni yatt tak letak)

Cara:
panaskan oven 180 celcius, sediakan loyang & sapu mentega. ketepikan... bakar kacang lebih k

urang 8 min pastu sejukkan...then cincang kasar2..ketepikan. kikis kulit carrot & parut halus2...ketepikan. ,dlm mangkuk besar, satukan tepung, serbuk kayu manis, garam, baking soda & baking powder...gaul sebati, ketepikan. amik mixture, pukul telur sampai kembang (dlm 1 min) pastu bubuh gula sikit2...pukul lg sampai pekat & putih (dlm 3-4 min). pastu tambahkan minyak dlm adunan, pukul lg....tambah vanilla pulak...pukul...last sekali bubuh tepung sikit2 n pukul sekejap jek sampai sebati. guna spatula/senduk...masukkan carrot & kacang, gaul skit sume bg rata. siap bubuh dlm tin/loyang pembakar...masuk oven selama 45- 1 jam.


SELAMAT MENCUBA UOLS...





Tuesday, January 10, 2012

Bengkong Kaya

assalamualaikum..pa kabar? mudah-mudahan kita semua dalam lindungan yang Maha Esa,insya allah.. berbalik kepada gambar d atas,juga gambar lama tapi baru mahu d upload sbb sebelum nie sibok memanjang d fb nun..huhu.. dapat resipi nie pon dari rakan fb..walaupon niaga dia tetap kongsi resipi kek nie.. 1st tengok nama kek ni mmg agak pelik,,entah dari mana bengkong 2 bley enter frame dalam nama kek nie..wallahualam.. tapi rasa kek nie mmg sedap.. gabungan rasa sponge kek+lemak santan+agar2 mmg lain la.. Jom cuba resipi nie n rasai sendiri kelainanY..

Bersambung...

Sumber : qisone

Bahan A

250 gm sponge mix flour
4 biji telur
50 ml air
50 ml mentega cair

Bahan B

2 sudu teh serbuk agar-agar
140 gm gula pasir(boleh kurangkan)
2 sudu teh pes strawberi(bley d pelbagaikn)
500 ml air.

Bahan C

500ml santan
90gm gula pasir
1 sudu besar serbuk agar-agar
35gm tepung jagung
125ml susu cair
sedikit garam.



caranye:

Pukul semua bahan A kecuali mentega cairhingga kembang.masukkan mentega cair,kacau rata,tuang dalam acuan dan bakar.sejukkan..

Masak semua bahan B biar mendidih.tuang dalam loyang yang sama besar dengan loyang kek.biar beku sedikit..(goreskan dengan garfu sedikit sebelum tuang bahan c)

Masak semua bahan C dan kacau hingga pekat.tuang perlahan-lahan keatas bahan B kemudian letakkan kek (bahan A) di atas sekali.sejukkan.

keluarkan dari acuan macam kita keluarkan kek karamel...



Wednesday, September 28, 2011

Rich Chocolate Eggless Cake

assalamualykum...alhamdulillah allah masih pjgkn umur kita semua..konon2 mao share resipi kek cekelat gambar d atas nun.. tapi resipi x tao mn ghaib daaa.. n sebenaqnya den lupo guna resipi yg mana satu,, ngeeeeeeeeehhhhhhhhh... buek kek nie doh lamo.. sblm puaso lae.. itu yg lupa tuh.. tapi rasanya lebih kurang sama resipi dlm myresipi.com nun.. yg ponting depa x pkai teloq..

Resipi update!!

Copy n Paste dari blog : Sis DayangJack

Super Moist Eggless Chocolate Cake


Bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

versi 'close up' sdh d potong..



Sunday, May 29, 2011

Chocolate Indulgent

Assalamualaykum,,mahu share n utk rujukan iema d masa depan ler.. resipi dari kak1.. dan diperpanjangkan oleh kakzu.. iema copy dari fb kakzu la.. thanks kakzu n kak1.. tapi kita punya versi comot2 la yah sbb tidak guna loose pan nun,huhu..yanggggggg penting rasa beb,hihihi(pujuk diri sendri..)


CHOCOLATE INDULGENT
Sumber : kak1
Copy : kak Zuraini

Bahan-bahan :

Chocolate Chiffon

Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

Filling Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Filling Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.


inilah wajah anchor whipping cream yg digunakn dlm resipi utk mousse.. utk rujukan iema je..

ok,selamat mencuba bagi yg nak cubaaaaaa.....

Friday, May 20, 2011

Kek Tiramisu


assalamualaykum,salam jumaat semua.. ari nie mao tayang kek tiramisu versi comot2 yah.. 1st time mbuatY.. layan resipi..

Sumber : umi e@myresipi

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  • Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  • Satukan gula, cheese dan cream
  • Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  • Potong kek pada 3 bahagian
  • Susun 1 bahagian dalam bekas
  • Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  • Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  • Susun lagi bahagian yang selebihnya
  • Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar... iema letak dlm fridge smalamn..
  • Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...