JOIN ME

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431M


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Thursday, February 25, 2010

Kek Span

ya allah blurrrrrrr nya gambar kek ni...arrrrrrrrrghh!!!!

hahaha...blur sgt gmbar kek aku ni.. tu la pasal, sdh la pakai kamera hp jak pastu aku lupa cabut stiker kat blkg 2 sbb tukar housing,adoiiii.. pastu 2 ambil tgh2 mlm lagi,ermmmmmmm sudahhhhhhh!!

occay la, janji kek aku sodap uols tp kuncup skit la.. resipi asal kek span coklat tp aku br nk try resipi ni so aku alih warna'y ke white (vanila la tu..). ambil dr blog k.nina, jom skodeng2 resipi..

bahan2nya:-
4 biji telur
120gm gula kaster
1 sudu makan ovallete
80gm tpg gandum*
1 sudu teh baking powder*
20gm serbuk koko*
65gm minyak jagung@minyak masak@butter d cairkan
bhn yg bertanda * diayak

cara2nya:-
pukul telur,gula n ovallete hingga kembang iaitu adunan mnjadi pekat (klu d angkat x jtuh) n putih.. guna klajuan maksimum.. (klu aku pkul slama 7min-10min mcm sifu aku ajar la,christina..)

masukkan bhn2 yg diayak,gaul rata..

masukkan minyak,gaul rata n sebati..

pastu masukkan kedlm loyang 8" n bakar dgn suhu 170C slama 30minit api grill (atas n bawah)

keluar jak dr oven trus hentak perlahan utk mengeluarkan kek n sjukkan br potong! klu d biar kek sejuk dlm loyang ia akan kecut mecut uols..

tatatititutu..






Sunday, February 21, 2010

Muffin Coklat ala kak yani


Untuk pengetahuan uols my viewers, (eh,ada ka my viewers ni,heloooooooooooo?) kebelakangan ni semua entry aku tertunda tp bukan la smpi tahun2 lepas punya occay!!!! just lewat be2rapa ari n may b 1-2 weeks jewwwwwww, bley gitu?!

hah ni 1st trying utk resipi k.yani@myresipi nun.. k.hana punya pasal ni katanya klu dia bt muffin coklat mesti dia guna resipi ni.. sblm ni bkn x nk try tp kat tawau ni cooking coklat punya harga MAK AIIII bepikiaq 67x uols mahal bebeno.. akhirnya aku dpt gak hrg yg "in-control" so frojek pun aku la yg 'controlllll ',kuing3x...

aku sebeno2xnyer nk cari resipi yg mcm ni lah,hasilnya mcm gempa bumi tapi kat atas mufin jew tau kuing3x.. jom ZASSSSS resipi!!

Bahan2nya:-
  • 200gm coklat masakan (aku guna 180gm)
  • 70gm mentega
  • 2 biji telur ( aku guna gred A)
  • 50gm gula halus ( aku guna 25gm gula kasar )
  • 60gm tepung gandum* (aku tambah dlm 5gm)
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • bahan bertanda * diayak
Cara2nya:-
  1. Coklat masakan di cairkan secara 'double boiler',pastu masukkan mentega gaul hingga cair matikan api. Panaskan oven 170C-10minit
  2. Dlm mangkuk yg lain pukul telur n gula. Pukul hingga sebati n x perlu hingga kembang
  3. Masukkan adunan telur+gula kedalam mangkuk coklat,kacau rata
  4. Masukkan bhn2 yg tlg diayak n gaul rata.
  5. Isi adunan kedalam papercup lbh kurg 1/2 - 3/4 . Bakar selama 20minit..
  6. PESAN K.YANI:-Slps masak,mungkin muffin lembik sikit (sbb guna tepung skit jak) tp bl sdh sjuk, ia akan keras dgn sendiri. jd klu spls 20min msih lembik x yah bakar lagi
  7. hah pasal tu la aku tmbh skit tpg spy aku x panik WALAUPUN sdh d bgth,kuing3x..

Saturday, February 20, 2010

Nuget

salam uols, hah ni gmbar nuget nk d kongsi WALAUPUN ready made punya,heeeeee.. bukan apa sblm CNY yg lepas my laling 2x p kursus kat KK.. jadi selera makan pun 'kondem' jak.. sekali-sekala 2 aku layan la selera keanak-anakkan uols iaitu makan NUGET!!! muahahaha.. cau.......

Tuesday, February 9, 2010

Donut ala German Berliner

assalamualaikum uols,ni hah my second donut.. 1st aku bt donut aku meleper jak ndak tau apa masalah'y lgpn time 2 blm aku reti blog memblog ni uols, sip baik kn klu ndak ado la kamu2 yg ketawa terguling smpi juling hahahehehihihohohuhu..... occay la resipi ni aku dapat dr blog mr rozzan (pa kbr bro,heee..) .kalau donut kompom la sodapkan apalgi bg budak2 makan mesti licin punya.. time 2 aku bt versi salut gula icing n topping coklat.. n sudah semesti'y topping coklat yg mula2 abis.. lagi 1 aku bt frozen donut pendek kata mabeles la.. JOM intai2 resipi!!!!



BAHANNYA:
* 1/2 sudu kecil garam
* 250 gm tepung
* 25 gm gula
* 1 biji kuning telur
* 1 sudu besar minyak
* 2 sudu kecil yis
* 125 ml susu suam

Cara Manual:
1. Gaul sebati tepung, gula, telur kuning, minyak.
2. Masukkan yis dalam susu suam. Tuang sedikit-sedikit susu tersebut ke dalam adunan tepung.
3. Uli sampai tak doh melekat ke bekas.
4. Buat bulat. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastik wrap. Letak tempat panas. Biar naik 1 kali ganda (lebih kurang 1 jam).
5. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuk-tumbuk spy keluar angin. Leperkan doh lebihkan 1/2 inchi. Bolehlah potong dengan donut cutter. (Saya takde donut cutter or scone cutter. Kita guna mulut gelas jer utk potong bulat. Lubang kat tengah tu, saya tekap dengan icing nozzle (^+^).
6. Biarkan naik sekali ganda lagi, dalam 30 min.
7. Bolehlah di goreng ya. Siap goreng, ditoskan minyak atas jaring atau mengggunakan apa-apa yang patut. Lepas sejuk, boleh dihias dengan topping.

Cara Membuat Donut menggunakan Breadmaker:
1. Masukkan semua bahan mengikut turutan di atas.
2. Pilih menu buat doh. Tunggu siap - atau boleh je stop sendiri dlm masa 20 min).
3. Ikut step ke seterusnya kat atas mula dari no.4.


tatatititutu.......

Saturday, February 6, 2010

Kek Marble Susu


assalamualaikum uols... n3 tertunda gak ni,heeeee.. dpt resipi ni dr kak chef norzailina .. tp kata'y dia pun ambil dr blog CMG n digubah skit.. rasa'y sedap,lemak2 gitew sbb m'gunakan susu pekat. aku buat kek ni just 4 makan2 jak tp my thirt stepson request utk bw gi majlis perpisahan d sekolah (tahuN lepas daaa) .. so aku bt la lagi tp aku lupa snap uols.. ZASSSSS resipi..

Bahan-bahan

>250 g mentega
>230 g gula halus
>2 camca teh ovalette
>4 biji telur gred A
>270 g tepung gandum*
>1 camca teh serbuk penaik*
>60 g susu pekat manis
>2 camca besar serbuk koko
>2 camca besar susu cair
>1 camca teh coklat emulco

*Diayak bersama

>>Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.
>>Masukkan susu pekat dan gaul rata. Bubuh tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
>>Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
>>Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam acuan berukuran 22 cm yang telah dilengser dengan marjerin dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.
>>Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 C selama 30 - 35 minit. Keluarkan dan biar sejuk atas redai.


SELAMAT MENCUBA!!

Friday, February 5, 2010

Rich Chocolate Puding


Sebenarnya ramai sudah cik kak2 blogger yang pernah bt ni.. aku jak yang ketinggalan kereta api! tapi biar la bahkan mana tau lepas tengok kat blog aku ni (cewahh perasan) cik kak2 blogger nak buat lagi dan lagi dan lagi (berapa byk lagi daaaaaa..) . bukan apa bagi peminat coklat macam aku ni mmg akan terbayang2 lepas 1x makan jak uols,rasa coklat'y sampai kat tekak n perut (eh, macam mn 2 smpi kat perut?!hahaha..). lagi pun klu kt makan mcm puding pun iya,mcm kek pun iya sbb testur'y yg x keras n x lembek uols, i tell u.. resepi ni MUST TRY, heeeeee bg yg minat coklat laaaaa uolssss.. layan resepi.........

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
  • Bahan Lain:- cadangan hiasan
    Susu cair secukupnya
    Buah-buahan campuran dalam tin secukupnya

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.
5. Kemudian boleh dihidangkan bersama susu cair dan buah2an campuran dalam tin...

uols masa aku bt xda nk hidang guna susu cair n buah2 campuran dlmtin 2,tp itu terpulang dengan anak tekak uols la kan... terima kasih kepada empunya resipi k.jun n yang bt aku terliur nk buat iaitu k.hana