JOIN ME

Monday, July 6, 2009

Chocolate Oats Crips

Hai2 u ols, assalamualaikum n pa kabar? Org kampung sihat? Uiks, apa ke halnya plak sampai tnya kesihatan org kampung nie... hik,hik, hik. Lantak la blog aku suka suki ati aku la nak tanya apa.. kan,kan,kan....

Hah, kali ni nak kongsi kukis yang dah 2 minggu dah iema buat.. Kebetulan adik aku bagi 1tin(500gm) oat so, misi berjalan dgn lancarnya, heeeee... Dapat resipi dari maklang azie , trima kasih akak sudi kongsi resipi kukis yang sedap, ranggup n mudah jew nak buat!!

Bahan

130g tepung gandum }

30g tepung jagung }

20g serbuk koko } ayak

½ sk serbuk penaik }

¼ sk serbuk kulit kayu manis } (iema x letak pon)

¼ sk garam

90g Quaker Oat Segera

200g mentega

120g brown sugar

½ sk esen vanilla

Cara

Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.

Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.

Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.

Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.

Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.

Potong atau terap dan letak atas dulang.

Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.


Nota Dari Maklang :-

Bakar dengan suhu 170 selama 15’. Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi.


Proses penyejukan kukis.. iema bt 1/2 adunan jew dpt 40pcs.

Selepas nie, segala aktiviti iema n famili bley jenguk kat blog Kesempurnaan dan Keselesaan Kehidupan(3K),cewaaahhhhhh... Tapi baking2 n masak2 tetap kat blog macam macam ada ...




No comments:

Post a Comment