JOIN ME

Friday, February 5, 2010

Rich Chocolate Puding


Sebenarnya ramai sudah cik kak2 blogger yang pernah bt ni.. aku jak yang ketinggalan kereta api! tapi biar la bahkan mana tau lepas tengok kat blog aku ni (cewahh perasan) cik kak2 blogger nak buat lagi dan lagi dan lagi (berapa byk lagi daaaaaa..) . bukan apa bagi peminat coklat macam aku ni mmg akan terbayang2 lepas 1x makan jak uols,rasa coklat'y sampai kat tekak n perut (eh, macam mn 2 smpi kat perut?!hahaha..). lagi pun klu kt makan mcm puding pun iya,mcm kek pun iya sbb testur'y yg x keras n x lembek uols, i tell u.. resepi ni MUST TRY, heeeeee bg yg minat coklat laaaaa uolssss.. layan resepi.........

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
  • Bahan Lain:- cadangan hiasan
    Susu cair secukupnya
    Buah-buahan campuran dalam tin secukupnya

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.
5. Kemudian boleh dihidangkan bersama susu cair dan buah2an campuran dalam tin...

uols masa aku bt xda nk hidang guna susu cair n buah2 campuran dlmtin 2,tp itu terpulang dengan anak tekak uols la kan... terima kasih kepada empunya resipi k.jun n yang bt aku terliur nk buat iaitu k.hana



No comments:

Post a Comment